Friday, June 10, 2011

Kematangan digarap melalui kepelbagaian wasilah tarbiyah








Bermula tarbiyah dengan keinsafan dan kerendahan
hati. Sedar akan kekerdilan diri dan kelemahan kefahaman dan keimanan.
Hati perlu dilembutkan dengan pimpinan al-Qur'an, bimbingan hadith dan sentuhan sirah perjalanan para sahabat radiallahu'anhum. Para sahabat berjaya dibangunkan iman dan amal setelah hati-hati mereka tunduk dan akur dengan ajaran Rasulullah saw.
Maka beruntunglah Abu Bakar, Ali, Bilal dan semua sahabat Rasulullah saw kerana kesediaan merendahkan hati dan ditarbiyah di dalam madrasah Rasulullah SAW. Lantas mel
onjak iman, terserlah amal, terpaut ketaatan dan terpancar jihad.
Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak mudah untuk mengapai kemanisan iman dan amal. Mujahadah, pengorbanan dan jihad dengan kepelbagaian method dilalui. Dari bertembung dengan quraish di Mekkah, langsung merentasi padang pasir berhijrah ke Madinah. Pelbagai gazwah / ekspidisi / peperangan ditempuhi dan disertai mereka. Setiap penyertaan dan kesempatan tersebut mempasakkan dihati mereka latihan-latihan dan pembangunan keupayaan (capacity building) dengan ketinggian iman dan amal, Pelbagai peristiwa yang mereka lalui itu memberikan pengajaran, latihan dan didikan agar tercerna ketaatan, kasih sayang, ukhuwah, jiddiyah dan kekuatan jihad.

Maka oleh itu seandainya kita inginkan kekuaatan dan kehebatan para sahabat tercerna di dalam diri, penyertaan di dalam kepelbagaian tarbiyah perlu juga dilalui. Bagi mereka yang inginkan kehebatan iman dan taqwa, maka laluilah kepelbagaian tarbiyah dengan penuh komitmen dan kesungguhan.