Video Berkaitan: KLIK DI SINI
Artikel berikut adalah catatan ceramah Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar mengenai Syria.
SYRIA merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya. Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah. Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.
BERMULA ZAMAN
AYAHNYA - Hafez Al-Assad.
Konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46,000 penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama. Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu. Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian m
erebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.
PUNCA KEBANGKITAN ADALAH :
Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara-negara yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak-kanak itu serta kanak-kanak lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat di mana bila mahu lepaskan kanak-anak itu, mereka perlu memberi wanita-wanita dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan Syria ini (satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.
BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1. Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2. 39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3. Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4. 9000 tahanan ditahan.
5. 413 orang telah syahid di dalam penjara.
6. Wanita-wanita diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang-abang, ayah, anak-anak, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7. Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8. Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9. Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10. Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni.. 84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak-kanak juga terlalu dahsyat melebihi Israel.. rakyat-rakyat Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...
FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA.
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid"
-hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.
PERKARA TERBARU
1. Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang-orang yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2. Pertubuhan-pertubuhan Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai-pegawai Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3. Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4. 95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5. 19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.
KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1. Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media-media, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2. Media-media barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3. Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai-pegawainya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4. Jangan terpedaya dengan kenyataan-kenyataan yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5. Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar.
PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA.
Mendoakan saudara kita di Syria - Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan -Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA. Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
Tragedi di Syria
by Kelab Iqra' UTM on Monday, February 13, 2012 at 12:15am ·
Dewasa ini, kita digemparkan dengan banyak isu-isu menarik di peringkat antarabangsa. Antara perkara yang mungkin banyak menangkap perhatian kita adalah 'the arab spring' yang berlaku di timur tengah. Kita sendiri lihat bagaimana rakyat yang setelah sekian lama tertindas dibawah regime kuku besi yang zalim, bangkit untuk pertahankan hak mereka dan menuntut agar keadilan dikembalikan kepada mereka.
Siapa sangka seorang hamba Allah di Sidi Bouzid, Tunisia, yang juga seorang peniaga sayur-sayuran marhaen, boleh menjadi asbab kepada sebuah revolusi yang melanda sebahagian besar tanah arab. Sekali pun natijahnya, peniaga sayuran yang bernama Mohamed Bouazizi itu mati dijilat api, tapi hasrat dan keinginan beliau untuk menuntut keadilan yang diambil oleh pihak berkuasa terus menyerap ke dalam jiwa para pemuda rantau arab.
Kesannya, kita dapat lihat satu demi satu regime diktator tumbang, bermula dengan Ben Ali di Tunisia, di ikuti dengan Mubarak di Mesir, Gadafi di Libya, Ali Abdullah Saleh di Yemen dan terkini dan masih berlanjutan adalah Bashr Al-Assad di Syria.
Antara revolusi yang tercetus di negara arab lain, yang paling dahsyat dan teruk sekali revolusi yang berlaku adalah di Syria. Di mana cengkaman pimpinan tertinggi negara, Bashr Al-Assad, masih lagi kukuh dan tidak mahu melepaskan tangan. Tambahan lagi, Bashr Al-Assad mengambil tindakan yang lebih dahsyat dengan membunuh terus mereka-mereka yang menentang beliau.
Laporan terkini daripada U.N, lebih daripada 7,000 nyawa rakyat Syria telah terkorban demi menuntut keadilan daripada Bashr Al-Assad. Bahkan sebenarnya, angka itu terus bertambah selagi mana regime ini berkuasa.
Di pihak U.N dan negara-negara yang bersekutu dengannya, hingga kini resolusi-resolusi yang dikeluarkan masih tidak mampu memberi apa-apa impak. Bahkan, negara Russia dan China yang menjadi salah satu kuasa veto U.N, tidak bersetuju dengan campur tangan kuasa asing dalam 'kemelut dalaman politik negara'. Mungkin mereka mahu menjaga kepentingan mereka dengan Syria seperti mana U.S bersungguh-sungguh mempertahankan Israel.
Apa pun, itu adalah isu yang kedua. Yang utama dan mesti di ambil perhatian terhadap apa yang berlaku di Syria adalah KITA. Ya! KITA wajib untuk buat sesuatu. KITA wajib untuk pastikan keselamatan saudara-saudara kita di Syria. Mereka bukan orang asing yang tidak perlu kita hiraukan kacau-bilau rumah tangganya tapi mereka adalah akh dan saudara kita. Mereka adalah sebahagian daripada anggota jasad kita seperti mana Ar-Rasul SAW pernah bersabda:
"Orang beriman itu dengan orang beriman yang lain seperti jasad yang satu. Kiranya salah satu anggota mengalami kesakitan, maka seluruh anggota akan akan turut berjaga malam, merasa panas dan gusar." [HR Bukhari & Muslim]
Sabda Nabi di hadith yang lain:
"Barangsiapa yang tidak mempedulikan urusan kaum yang lain, maka ia bukanlah termasuk dari kalangan mereka." [HR Abu Daud]
Allah juga berfirman, dalam surah Al-Hujurrat ayat 10:
"Sebenarnya orang-orang mukmin itu bersaudara..."
Maka apa alasan kita untuk tidak mengambil tahu tentang apa yang berlaku terhadap saudara-saudara kita di Syria?
Untuk pergi ke Syria dan membantu saudara-saudara kita di sana mungkin satu perkara yang mustahil untuk kita lakukan. Namun, kemampuan kita tidak terbatas dengan limitasi ruang dan waktu. Kita mampu untuk lakukan sesuatu walau pun kita di sini, walau pun juga kita tidak berkonfrontasi secara terus dengan regime Syria. Mungkin perkara dibawah boleh menjadi panduan untuk kita supaya kita berusaha juga untuk membantu saudara-saudara kita di sana.
1. Baca dan update perkembangan terkini yang berlaku di Syria melalui google news, yahoo news, akhbar-akhbar antarabangsa, akhbar-akhbar tempatan, facebook 'like for Syria' dan mana-mana media massa yang ada untuk apa yang berlaku di sana.
2. Sebarkan artikel-artikel, lukisan-lukisan, video, isu-isu berkait dengan Syria dalam ruang-ruang yang ada supaya lebih ramai yang cakna tentang tragedi yang berlaku di Syria.
3. Kiranya ada tabung-tabung yang dilancarkan oleh badan-badan yang dipercayai, maka sumbanglah untuk support kedhaifan keluarga mangsa-mangsa yang kena bunuh dek regime Bashr Al-Assad.
4. Kalau mampu, lancarkan kempen-kempen kesedaran, flash mob dan apa-apa yang mampu, berkait apa yang berlaku di Syria. Kalau mampu juga lakukan demonstrasi besar-besaran, teruskan.
5. Dan yang terakhir sekali, tindakan paling kerdil boleh kita lakukan adalah dengan doa. Selitkan doa-doa memohon pertolongan daripada Allah di setiap akhir solat lima waktu kita.
Perbuatan-perbuatan ini dalam pandangan mata kasar, mungkin tidak memadai dan tidak mampu memberi kesan terhadap regime Bashr Al-Assad tapi percayalah, sokongan moral yang kita berikan secara batiniah serta permohonan doa yang tulus daripada seorang saudara kepada saudaranya yang tertindas pasti akan Allah dengar dan kabulkan, insya Allah.
Maka usahakanlah untuk mainkan peranan walau sekecil doa sekali pun kerana kita adalah manusia yang perihatin. Kita perihatin terhadap saudara kita yang tertindas dek regime yang zalim.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada saudara-saudara kita di sana untuk terus bertahan hingga regime zalim itu tumbang dan mengurniakan harapan secerah mentari buat saudara-saudara kita di Syria.
Wallahu'alam.
Kelab Iqra' UTM, 2012.