Saturday, December 19, 2009

Bersikap positif dalam memelihara kesejahteraan kapal

Sikap positif yang dimiliki seseorang merupakan sesuatu yang terpuji jika ia dihubungkan dengan sikap positif organisasi. Karisma individu pula merupakan merupakan tuntutan jika ia memberi sumbangan dalam membangunkan karisma organisasi.

Dalam memupuk nilai-nilai ini, Rasulullah SAW mengaitkan perumpamaan indah kepada kita yang menggambarkan adanya saling tindak antara sifat positif individu dengan sifat positif jamaah. Beliau juga melakukan rawatan nabawi yang mujarab yang meleburkan sifat ego individu ke dalam kemanfaatan organisasi, yang bertolak dari tarbiyah yang memberikan hak individu secara sempurna dan tanpa dikurangi, namun pada masa yang sama memegang tangan individu itu dengan kuat dari melampaui dasar organisasi dan hak organisasi dalam merealisasikan sasaran -sasaran umumnya.

Baca artikel penuh di SINI

Bersikap positif dalam memelihara kesejahteraan kapal

Sikap positif yang dimiliki seseorang merupakan sesuatu yang terpuji jika ia dihubungkan dengan sikap positif organisasi. Karisma individu pula merupakan merupakan tuntutan jika ia memberi sumbangan dalam membangunkan karisma organisasi.

Dalam memupuk nilai-nilai ini, Rasulullah SAW mengaitkan perumpamaan indah kepada kita yang menggambarkan adanya saling tindak antara sifat positif individu dengan sifat positif jamaah. Beliau juga melakukan rawatan nabawi yang mujarab yang meleburkan sifat ego individu ke dalam kemanfaatan organisasi, yang bertolak dari tarbiyah yang memberikan hak individu secara sempurna dan tanpa dikurangi, namun pada masa yang sama memegang tangan individu itu dengan kuat dari melampaui dasar organisasi dan hak organisasi dalam merealisasikan sasaran -sasaran umumnya.

Baca artikel penuh di SINI

Wednesday, December 9, 2009

Dinamika Dakwah Islamiah

Di dalam sirah perjalanan dan perjuangan dakwah Islam yang dipimpin oleh kepimpinan agung Rasulullah SAW dengan sokongan dan dokongan kumpulan teras para sahabat awalun, mereka telah melalui fasa dakwah secara 'bersembunyi' (sirri) kepada fasa terang-terangan atau terbuka.

Tahap pertama (sirri) adalah tahap pembinaan dan pembentukan manakala tahap Kedua adalah tahap penyebaran dakwah secara terang-terangan dan melakukan perjuangan untuk membentuk sebuah masyarakat yang baru (dari segi pemikiran dan perbuatan).

A. Tahap pembinaan dan pengkaderan (Pembentukan) [Marhalah Tasqif]

Tahap ini dimulai sejak Baginda SAW diutus menjadi Rasul, setelah firman Allah SWT : "Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah, lalu berilah peringatan!" [Al-Muddatstsir: 1-2]

Baginda SAW secara diam-diam (sirriyah) mulai mengajak masyarakat untuk memeluk Islam. Selama tiga tahun Baginda SAW menyampaikan dakwah dalam bentuk ajaran per individu dari rumah ke rumah. Bagi yang menerima dakwah, segera dikumpulkan di rumah seorang sahabat

bernama Arqam, sehingga rumah tersebut dikenali sebai Daurul Arqam (rumah Arqam). Di rumah ini setiap hari para sahabat mendengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dan penjelasan dari Rasulullah SAW. Pendek kata tempat inilah mereka dibina dan dibentuk dengan bersungguh-sungguh dan terus menerus. Selanjutnya beberapa daripada mereka diutus untuk menyampaikan dakwah kepada yang lain. Di antaranya adalah Khabab bin Arts yang mengajarkan Al-Qur'an di rumah Fatimah binti Khaththab bersama suaminya, yang kemudian dari sinilah Umar bin Khaththab masuk Islam.

Baginda bersungguh-sungguh untuk mentarbiyah (mendidik dan membentuk) pemeluk-pemeluk Islam dan menyempurnakan tsaqafah mereka mengenai agama Islam, disamping mengajarkan Al-Quran kepada mereka. Sahabat-sahabat ini telah membentuk satu kumpulan dan seterusnya berganding bahu dalam menyebarkan dakwah Islam. Jumlah mereka semakin meningkat melebihi 40 orang, yang dianggotai oleh lelaki dan perempuan, mereka datang dari pelbagai lapisan masyarakat, dan kebanyakan daripada mereka usianya masih setahun jagung. Bukan sahaja daripada golongan berada malahan tidak terkecuali golongan yang miskin, ada yang lemah dan juga yang kuat.

Jika dikaji secara saksama, maka akan dapat difahami mengapa tahap awal dakwah Rasulullah ini dilakukan secara sirriyah (diam-diam). Suatu konsepsi atau pemikiran yang masih asing dan belum terfikirkan oleh masyarakat, hendaklah terlebih dahulu disampaikan secara diam-diam dengan memperbanyakkan face to face (bersemuka) dan penjelasan. Ternyata terbukti kemudian, aktiviti seperti ini mampu menghasilkan kader(pembetukan kumpulan kecil) dan pendukung teguh yang bersedia mengorbankan apapun untuk meraih cita-cita yang diharapkan. Maka inilah thoriqah (jalan atau cara) yang tepat untuk mengawali dakwah di tengah-tengah masyarakat yang menerapkan aturan jahiliyyah yang sama sekali jauh dari nilai-niali Islam.

Berdasarkan langkah dakwah ini jumhur (majoriti) fuqaha’ berpendapat bahawa bila kaum muslimin berada pada posisi atau kedudukan lemah, rapuh kekuatannya dan khuatir hancur binasa oleh kekuatan lawan, maka hal ini lebih utama kerana seseorang muslim tidak boleh menyerah kepada kaum kafir atau zalim dan tidak boleh berdiam diri tanpa berjihad melawan orang-orang kafir.

B. Tahap ke dua: Titik Pelancaran (Launching point) Dakwah Nabi

Masyarakat Mekah telah mengetahui seruan kepada Islam sejak hari pertama Rasulullah s.a.w diutuskan sebagai Rasul. Masyarakat Mekah juga mengetahui bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah mengajak kepada suatu Din yang baru, dan beberapa orang telah menerima Islam, mereka juga tahu bahawa Rasulullah saw telah mengumpulkan sahabat-sahabatnya dan mengajar mereka berserta kaum muslimin yang lain secara rahsia dari kaum Quraisy dimana mereka telah dikumpulkan di dalam bulatan ilmu (halaqah) dan belajar mengenai Deen yang baru itu.

Masyarakat Mekah menyedari adanya seruan kepada Islam, meraka juga maklum bahawa ada orang yang telah beriman kepadanya tetapi mereka tidak pernah tahu dimanakah mereka berjumpa atau dengan siapa mereka bertemu. Inilah sebabnya apabila Rasulullah saw mengisytiharkan kepercayaan (keimanannya) yang baru itu, ia tidak menjadi suatu kejutan kepada masyarakat Mekah. Apa yang memeranjatkan mereka ialah kemunculan satu kumpulan kaum muslimin. Iaitu kaum muslimin yang mendapat kekuatan yang hebat apabila Hamzah Ibnu Muthalib memeluk Islam, diikuti Umar bin Al-Khatab tiga hari kemudiannya. Kemudian datanglah wahyu Allah SWT.: "Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang musyrik, sesungguhnya kami memelihara kamu daripada kejahatan orang-orang yang memperolok-olokan kamu iaitu orang-orang yang menganggap adanya Tuhan yang lain disamping Allah maka mereka kelak akan mengetahui akibat-akibatnya" (Q.s. Al-Hijr: 94-96).

Rasulullah secara pasrah mematuhi perintah daripada Allah dan membawa kumpulannya keluar untuk menyampaikan Islam ke seluruh Mekah. Baginda (Rasulullah saw) keluar bersama sahabat-sahabatnya dalam dua barisan iatu satu diketuai oleh Umar dan satu lagi diketuai oleh Hamzah. Mereka berjalan dalam susunan sedemikian yang tidak pernah disaksikan oleh kaum Quraisy sebelum ini. Rasulullah saw kemudiannya mengelilingi Kaabah bersama-sama sahabatnya.

Inilah peringkat dimana Rasulullah saw bergerak bersama-sama sahabatnya dari fasa yang rahsia kepada peringkat yang terbuka, daripada fasa menyeru dan mengajak kepada Islam bagi orang yang baginda rasa telah bersedia untuk menyahutnya kepada fasa dimana dakwahnya ditujukan kepada semua masyarakat.

Di sini bermulalah satu era baru dalam dakwah Rasulullah di mana pertembungan diantara Iman dan Kufur bermula di tengah-tengah masyarakat, serta perjuangan diantara mafahim (konsep) yang hak dengan yang bathil juga bermula.

Oleh yang demikian, bermulalah fasa kedua iaitu "fasa interaksi" dan "perjuangan" dengan mafahim selain Islam. Dengan wahyu tersebut maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas. Antara langkah awal dakwah cara terang-terang ialah Rasulullah menjemput kaum Quraisy serta pembesar-pembesar Quraisy menghadiri perjumpaan (rapat umum) di kaki bukit Safa dan menyeru mereka kepada agama Islam dan menyembah Allah swt. Dakwah pada peringkat ini menerima tentangan yang hebat dari kafir Qurais.

Mereka memusuhi baginda dan para pengikut baginda termasuk Abu Lahab, bapa saudara baginda sendiri. Tidak pula bagi Abu Talib, dia selalu melindungi anak saudaranya itu namun dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah memandangkan tentangan yang hebat dari kaum Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan Rasulullah seterusnya. Lantas jawab Rasulullah yang bermaksud: “Wahai bapa saudaraku, andai matahari diletakkan diletakkan di tangan kiriku dan bulan di tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa kerananya”

Baginda menghadapi pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan daripada penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah. Bukan Rasulullah sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para sahabatnya juga turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin Rabah yang menerima siksaan yang berat.

Penyiksaan secara keji terhadap orang-orang yang memeluk Islam banyak terjadi. Penyiksaan terhadap Bilal bin Rabah, keluarga Yasir, Khabab bin Arts, Abu Dzar Al Ghifari, Ibnu Mas'ud, serta boikot yang dilakukan oleh kaum kafir Quraisy terhadap kaum muslimin hanyalah sedikit contoh daripada ujian itu.

Di puncak penderitaan itu, Rasulullah SAW berharap ada orang kuat diantara pengikutnya yang dapat melindungi dakwah. Harapan Rasulullah tidak sia-sia. Saidina Hamzah, paman Rasulullah yang sangat disegani, masuk Islam ketika melihat Muhammad Rasulullah dianiaya dan dicaci

maki oleh Abu Jahal. Ketika itulah Rasulullah SAW berdoa: "Ya Allah, kuatkanlah Islam dengan Abu Jahal bin Hisyam atau dengan Umar bin Khathtab."

Doa Rasulullah yang mengharapkan Umar bin Khaththab masuk Islam menjadi pengajaran bahawa dakwah Islam dimana pun perkembangannya memerlukan pendukung-pendukung yang kuat dari orang-orang yang memiliki pengaruh di hadapan masyarakat.

Pengajaran lain daripada peristiwa- peristiwa itu adalah bahawa penderitaan, ujian dan cubaan merupakan ujian iman untuk memisahkan antara haq dengan yang bathil. Manakah pengikut Rasulullah yang teguh dan bersungguh-sungguh dan mana yang bukan. Kisah-kisah ini sepatutnya menjadi pengajaran bagi semua kaum muslimin untuk tetap dapat istiqomah di jalan dakwah serta ikhlas menegakkan deenullah (Agama Allah), meskipun mendapat ancaman maut, dianiaya dan disiksa oleh penguasa yang zalim. Pengorbanan merupakan hal yang tidak dapat dihindari dalam setiap perjuangan dakwah.

Pada tahap ini, dakwah Rasulullah lebih banyak menggugat mengenai aqidah, sistem serta adat-istiadat jahiliyah orang-orang kafir Mekah. Hal ini dapat dilihat dari ayat-ayat Makiyah yang pada umumnya mengajak manusia untuk memikirkan kejadian alam semesta, agar meninggalkan kepercayaan nenek moyang yang mereka warisi dan amalkan dalam kehidupan mereka.

Adaptasi dari http://islamika.tripod.com/dakwah.html


Monday, December 7, 2009

Menginsafi Kelemahan Diri

Allah SWT berfirman:

فَلَا تُزَكُّوا أَنْفُسَكُمْ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَى

“……maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci, Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.” (An-Najm:32).

Mengetahui dan menyadari kesalahan adalah awal kebaikan. Sementara merasa benar terus adalah awal dari kehancuran. Kesalahan memang merupakan tabiat manusia, namun tidaklah bijaksana bila kita terus menerus melanggengkan kesalahan apalagi mewariskannya kepada binaan-binaan atau anak-anak kita.

وَلْيَخْشَ الَّذِينَ لَوْ تَرَكُوا مِنْ خَلْفِهِمْ ذُرِّيَّةً ضِعَافًا خَافُوا عَلَيْهِمْ فَلْيَتَّقُوا اللَّهَ وَلْيَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا

“Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka. oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan Perkataan yang benar”. (An-Nisa:9)

Ayat diatas mengingatkan kita adanya keterkaitan yang erat antara kuat atau lemahnya generasi penerus dengan ketakwaan dan kebenaran ucapan orang tua atau pembina. Oleh karena itu sepantasnyalah kita selalu mawas diri jangan sampai kita mewariskan keburukan kepada penerus-penerus kita.

Hendaklah kita menjadi pribadi yang malu bila berbuat salah. Malu kepada Allah dan malu kepada orang-orang beriman. Tidak cukup sekadar mengetahui bahwa diri kita salah, tetapi kita begitu manja meminta permakluman dari Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Yang harus kita lakukan bukan hanya menjauhi kesalahan-kesalahan yang besar dan fatal tetapi juga berusaha menghindarkan diri dari kekeliruan-kekeliruan kecil. Sebab apapun bentuknya bila kita sadar melakukan kesalahan tetap saja itu merupakan dosa. Baca seterusnya di SINI

Perspektif Al-IKHLAS yang diinginkan atas setiap ikhwah

Dalam rukun bai’at kedua, Imam syahidnya meletakkan Al-Ikhlas setelah rukun Baiat pertama Al-Fahmu. Hal ini mengisyaratkan bahwa Al-Fahmu akan memunculkan keikhlasan, dan keikhlasan akan sempurna jika diiringi dengan pemahaman.

Imam as-syahid berkata: “Yang saya maksud dengan ikhlas adalah seorang al-akh hendaknya mengorientasikan perkataan, perbuatan dan jihadnya kepada Allah; mengharap keridhaan-Nya dan memperoleh pahala-Nya, tanpa memperhatikan keuntungan ... seterusnya baca di SINI

Perspektif Al-Fahmu Yang Diinginkan Atas Setiap Ikhwah

Dalam Rukun Bai’at yang sepuluh imam Syahid Hasan Al-Banna meletakkan rukum Al-Fahmu pada urutan pertama dan menjadi penunjuang akan esensi yang harus dilakukan oleh seorang ikhwah, jika al-fahmu dapat dikuasai maka niscaya seorang ikhwah tidak akan sulit memahami Islam secara kaffah seperti yang difahami oleh gerakan Ikhwanul Muslimin, dan memahami apa yang seharusnya dilakuakan ... Seterusnya bada di SINI

Perspektif Ats-Tsiqah Yang Diinginkan Atas Setiap Ikhwah

Imam Syahid berkata: Yang saya maksud dengan tsiqah adalah rasa puasnya seorang prajurit atas komandannya dalam hal kemampuan dan keikhlasan; dengan kepuasan mendalam yang dapat menumbuhkan rasa cinta, penghargaan, penghormatan dan ketaatan. Allah SWT berfirman:

فلا وربك لا يؤمنون حتى يحكموك فيما شجر بينهم ثم لا يجدوا في أنفسهم حرجا مما قضيت ويسلموا تسليما
... baca lanjut dalam
ikhwannet