Ayah dan ibu amilin adalah suatu anugerah Allah kepada anak-anak mereka. Anak-anak yang dilahir dan dibesarkan dengan ayah dan ibu yang komitted dengan amal Islam sesungguhnya seumpama berada dalam taman syurga. Keluarga seumpama ini tentunya begitu sensitif dengan syariat Allah di dalam membangun keluarga. Tentunya ibu bapa seumpama ini sentiasa menjaga agar anak-anak tidak dijangkiti oleh virus dan kuman jahiliyah di dalam keluarganya. Tentunya ibu ayah dalam keluarga ini akan berusaha memberikan makanan rohani yang berzat dan baik-baik. Ibu bapa akan berusaha untuk menghalang segala serangan serigala yang akan menerkam anak-anak yang masih mentah. AL-Qur'an, Al-Hadith & Tazkirah tentunya sering diperdengar dan dihidupkan di dalam hidup berkeluarga, Kerana itulah senjata-senjaya dan perisai yang ampuh untuk menjadi pendinding kepada anak-anak ketika mereka membesar dan berdepan dengan masyarakat.
Ibu bapa seumpama itu akan membawa anak-anak dimana ada kesempatan di dalam aktiviti dan program membangunkan jiwa dan iman. Ibu bapa sumpama ini akan suka membawa anak-anak ketempat-tempat yang dapat menyuburkan iman dan amal islami... seumpama ke surau dan masjid ... solat jamaah, solat tarawikh, solat h raya ... program ceramah dsb.
Masa depan anak-anak pula akan benar-benar menjadi perkiraan yang besar. Ketika membesarnya anak-anak mereka ... bermula dengan keperluan sekolah tadika... sekolah rendah... ibu bapa tidak semudah menyerahkan anak-anak untuk ditarbiyah oleh mereka yang tidak jelas tentang islam, iman dan amal. Biar jauh... biar perlu dibayar... biar susah menghantar dan menjemput ke sekolah ... asalkan anak-anaknya dapat di didik dan ditarbiyah oleh mereka yang boleh dipercayai... mereka yang dapat berkongsi perjuangan... membentuk generasi penerus perjuangan ibu ayah.
Apa ertinya suusah payah pengorbanan memperolehi mutiara fikrah Islam di bumi yang gersang ... jika ibu bapa tidak mencurahkan nya pada anak-anak. Tentunya perjuangan sebagai amilin perlu disambung oleh anak-anaknya sendiri selain dicurah di dalam masyarakat melalui aktivisme dan kerja sosial. Anak-anak ibu-ayah seumpama ini perlulah menjadi penerus dan penyambung perjuangan.
Semenjak kecil ... anak-anak ini tentunya melihat dan menyaksikan akan apakah kesebukkan yang dilakukan oleh ayah-ibu... walaupun ketika itu tidak dimengerti dengan akal fikirannya... tetapi sekecil sesungguhnya sedang membaca perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, helaian demi helaian dan naskah demi naskah perjalanan ibu-bapa ... walaupun si anak sering terpaksa melambai tangan dari celah tingkap pemergian ayah ke medan amal yang belum dimengerti ... dan sentiasa menunggu dibibir pintu, merenung jauh dijalan... bilakan ayah akan pulang setelah berpergian menyahut tuntutan amal dakwah dan mujahadah.
Sering kali pula si kakak terpaksa berkorban memujuk adik-adik agar akur di rumah ... apabila ayah dan ibu bersama keluar menunaikan tuntutan amal tanzimi beberapa ketika.
Itulah sebenarnya curahan tarbiyah dari keluarga dakwah (usrah muslimah) demi membangun keluarga dakwah.
Apabila anak-anak beransur remaja dan muda ... mereka pula berpeluang menimba latihan tarbiyah. Daurah, muqayam dan jaulah ... akan menjadi antara kecimpung anak-anak keluarga dakwah. Alangkah beruntungnya kalian hari ini. Bukan sahaja memperoleh keizinan, malah do'a dan restu mengiringi perjalanan kalian kemedan latihan. Agar tercerna keupayaan dan kemampuan menjadi pemimpin dakwah untuk ummah ini.
Ayuh anak-anak keluarga amilin ... jangan sesekali kau lepaskan gengaman tangan ayah ibumu ... Teruskan perjalananmu bersama ayah ibu dimedan dakwah yang masih jauh perjalanannya. Eratkan gengaman tanganmu bangun bersama ayah-ibumu yang sekian lama berada di atas jalan dakwah ini. Keberkatan jalan hidupnu adalah di atas do'a dan usahanya jua (dengan izinNya) ... kalian mungkin lebih baik sumbangan di jalan dakwah ini ... teruskan perjalan dakwahmu dan mohonlah restu dari mereka ... ayah ibu mu, murabbi ulung dalam hidupmu.
No comments:
Post a Comment