Saturday, April 9, 2011

Kepentingan Tarbiyah


Apakah yang usaha yang paling penting, yang paling signifikan, yang paling menonjol, yang paling asasi ... yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di dalam kehidupan baginda?

Jawapannya ialah TARBIYAH ...!

Kerana inilah Rasulullah SAW dipilih Allah SWT menjadi Rasul. Kerana tarbiyahlah Rasulullah SAW di berikan wahyu Al-Qr'an. Kerana tarbiyahlah Rasulullah SAW dapat melaksanakan amanah ALlah SWT dengan cemerlangnya.

Unsur-unsur tarbiyah adalah:-
1. Murabbi
2. Mutarabbi/anggota usrah.
3. Manhaj/sistem silibus/panduan.

Dalam kehidupan Rasulullah SAW, beliau adalah murabbi (pendidik) di dalam sistem tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW di peringkat awal. Di dalam tarbiyah Rasulullah SAW, baginda mendidik mutarabbi antara yang menonjol ialah Saidina Abu Bakar, Saidina Ali, Bilal dan lain-lain.

Rasulullah saw menggunakan manhaj bersumberkan Al-Qur'an di dalam mendidik para mutarabbi dikalangan para sahabat-sahabat ketika itu. Apabila Allah SWT menurunkan wahyu, maka Rasulullah saw membacakan ayat-ayat Qur'an tersebut dan menjalskan maksud dan pengertian sehingga sahabat-sahabat memahami tuntutan dari ayat-ayat Qur'an yang diturunkan Allah SWT. Di peringkat awal ayat-ayat Qur'an ayat-ayat berhubung dengan keimanan diturunkan Allah. Melalui proses tarbiyah, maka bertambah kefahanan terhadap Islam dan bertambah keimanan meraka kepada Allaah. Sehingga dengan proses tarbiyah tersebut, lahirnya natijah-natijah tarbiyah dan natijah-natijah Iman di dalam bentuk amal soleh dikalangan sahabat.

Amal soleh bukan sahaja diperingkat individu seperti taatkan Allah, taatkan Rasulullah, taatkan ajaran Islam, malah lahir jiwa-jiwa besar dan perkasa seperti para sahabat yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan kepahlawanan untuk keluar berdakwah dan berjihad di jalan Allah swt.

Banyak kisah-kisah sahabat yang sangat unik dan unggul yang menjadai contoh tauladan untuk ummat masa hadapan.

Tarbiyahlah yang menjadi asas di dalam kehidupan dan kejayaan Rasulullah SAW.

(ditulis bersempena program daurah IKRAM Pontian penyampaian oleh Pengerusi JK Tarbiyah Pontian)

No comments:

Post a Comment