Monday, January 2, 2012

Kecelaruan Nilai


As Syahid Syed Qutb di dalam kitabnya "Petunjuk Sepanjang Jalan" menjelaskan pada perenggan awal bukunya berbunyi "Umat manusia sekarang ini berada di tepi jurang kehancuran. Keadaan ini bukanlah berpunca dari ancaman maut yang sedang tergantung di atas ubun- ubunnya. Ancaman maut itu adalah satu
gejala penyakit sahaja dan bukanlah ia penyakit itu sendiri. Sebenarnya punca utama dari keadaan ini ialah: bengkrap dan melesetnya umat manusia itu di bidangnilai” yang menjadi pelindung hidupnya".

Dengan hidayah Allah dan
ketajaman fikiran dan penilaian mendalam terhadap situasi sekeliling dunia ketika itu, penulis telah dapat merumuskan apa yang sedang dihadapi oleh umat manusia pada ketika itu (sekitar 1950an). Jika kita teliti hari ini, situasi dan suasana yang sama pada umumnya masih merata samaada dikalangan sebahagian ummat Islam dan bukan Islam.

"Nilai" yang dimaksudkan penulis pada perenggan di atas sebenarnya adalah merujuk kepada 'neraca pertimbangan' yang ada pada diri setiap manusia. Apabila sesaorang itu tidak memiliki nilai (neraca) yang betul, benar dan tepat, beliau tidak akan mampu dan berupaya di dalam membuat penilaian di dalam setiap keputusan yang perlu dilakukannya di dalam kehidupannya. Seumpama sesaorang peniaga sayur yang gagal memiliki neraca (dacing / timbangan) yang betul, niscaya apa yang
akan ditimbang oleh nya untuk pelanggannya menjadi tidak betul, walaupun ditimbang beberapa kali. Dalam hal tersebut, peniaga perlu menukar timbang yang dimiliki agar beliau atau pelanggannya tidak tertipu dengan sayur-sayuran yang ditimbangan. Timbang atau Neraca yang betul dan tepat akan memberikan keadilan kedua-dua pihak.

Sesungguhnya di dalam hidup ini, kita sentiasa membawa neraca di dalam kehidupan seharian. Boleh dikatakan setiap awal pagi kita bangun dan memulakan aktiviti seharian, kita perlu membuat keputusan keatas apa nak dipakai, apa nak di makan, kemana nak melangkah dan sebagainya. Semua itu memerlukan sesaorang itu membuat keputusan dan kesemua itu perlukan neraca bagi membuat keputusan. Sama ada sesaorang itu berada di dalam keadaan sedar atupun tidak di dalam keputusanya, ia tetap bertanggungjawab di atas keputusan yang diambil dan perbuatan yang dilakukannya.

Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara seseorang itu memerlukan neraca di dalam membuat keputusan. Seorang wanita menggunakan nilai atau neraca di dalam membuat keputusan untuk menutup aurat atau sebaliknya apabila keluar dari rumahnya. Jika ia memiliki nilai Islam, percaya dan yakin dengan nilai Islam, beliau akan memastikan aurahnya ditutup sesempurna mungkin sebelum melangkah keluar dan berada di dalam pandangan orang awam. Sesaorang bapa menggunakan neraca/nilai samada akan menegur atau membiarkan sahaja jika anak remajanya keluar bersama teman lelaki/perempuan nya? Sesaorang ketua akan menggunakan neraca apabila ingin membuat keputusan untuk mengadakan majlis sambutan tahun baru 2012 dengan acara tari menari ataupun tidak.

Neraca/nilai Islam, pada asasnya adalah nilai yang terbaik, kerana ia bersumberkan Qur'an dan Hadith. Nilai Islam adalah nilai wahyu Allah s.w.t. dan ianya paling tepat untuk dimiliki dan digunakan oleh seluruh
manusia khususnya orang Islam. Apabila sesaorang memiliki nilai/neraca Islam, ia akan berfikir, membuat keputusan dan bertindak berasaskan nilai dan neraca kebenaran (haq) dan betul serta tepat.
Wanita yang memiliki neraca Islam, tidak akan redho membiarkan diri dan aurahnya didedahkan keucali kepada mereka yang dihalalkan. Seorang bapa yang memiliki nilai.neraca Islam, akan segera menasihati dan berusaha menghalang anak yang berada di bawah tanggungjawabnya tidak terjelumus kepada dosa dan maksiat. Seorang ketua yang memiliki nilai/neraca Islam, akan berusaha memelihara orang dibawahnya terpelihara dari maksiat dan kemungkaran.

Kebejatan di muka bumi dengan pelbagai masalah sosial seumpama pelacuran, kehamilan luar nikah, pembuangan bayi, penyalahgunaan dadah, penyalahgunaan kuasa dan banyak lagi yang menjadi masalah masyarakat hari ini adalah kerana kecelaruan nilai yang mereka miliki. Mereka memegang nilai yang salah, maka salahkan tindakan-tindakan mereka. Begitulah juga halnya dengan krisis ekonomi (seumpama ketidakadilan ekonomi, penindasan, riba') dan krisis politik (seumpama penindasan, keganasan, eksploitasi dan sebagainya), adalah berpunca dari kecelaruan nilai dalam diri manusia.

Hari ini rata-rata kecelaruan nilai ini perlu dimiliki oleh seluruh manusia khususnya kepada umat Islam, ianya adalah suatu yang mendesak. Neraca yang benar ialah neraca Islam dan asas neraca Islam adalah keimanan kepada Allah, mengambil asas-asas Al-Qur'an dan Sunnah sebagai panduan yang membentangkan nilai Rabbani (Allah) sebagai kayu ukur. Nilai Islam adalah nilai Syara' (menepati syariah). Apa yang Allah SWT suka, itulah yang sewajarnya disukai seorang muslim dan apa yang Allah Benci itulah yang seorang muslim harus jauhi.

"Sesungguhnya jawaban orang-orang mu'min, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan, "Kami mendengar dan kami patuh." Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung." (An Nuur : 51)


Itulah 'nilai' yang dimaksudkan As-Syahid Syed Qutb jelaskan yang telah hilang dan inilah yang menyebabkan umat manusia dan sebahagian umat Islam sedang kehilangan yang menyebabkan mereka berada di tepi 'jurang kehancuran' sebagaimana yang dibimbangi As-Syahid.


Oleh yang demikian itu, adalah penting setiap muslim memahami dan berusaha untuk memiliki nilai/neraca Islam agar kehidupanya akan terpelihara dari dosa dan noda.



No comments:

Post a Comment