Tuesday, January 3, 2012

Madrasah Rasulullah S.A.W.




Madrasah Rasulullah s.a.w. merujuk kepada suatu masa di mana Rasulullah s.a.w. dipilih Allah s.w.t. menjadi Rasul dan menyebarkan ajaran-ajaran Islam yang diturunkan Allah berupa wahyu-wahyu, mengajar dan mendidik sahabat-sahabatnya dengan

manhaj Al-Qur'an yang dibaca setiapnya kepada sahabat-sahabat serta dengan tunjuk ajar

(khudwah) dan persekitaran (biah) solehah yang dibentuk oleh baginda Rasulullah s.a.w.


Dakwah dan tarbiyah Islamiyah di dalam Madrasah Rasulullah telah pun melahirkan satu generasi manusia, generas sahabat Rasulullah SAW, Ridhwanullahi alaihim, iaitu suatu generasi yang paling istimewa di dalam sejarah Islam dan di dalam sejarah kemanusiaan seluruhnya. Generasi itu tidak pernah muncul dan timbul lagi sesudah itu, walaupun terdapat juga beberapa peribadi dan tokoh tertentu di sepanjang sejarah, tetapi tidaklah lahir lagi segolongan besar manusia, di satu

tempat yang tertentu pula, seperti yang telah muncul dan timbul di dalam peringkat pertama dari penghidupan dakwah ini. Itulah keistimewaan yang menonjol di dalam Madrasah tersebut. Suatu generasi

bergelar "Generasi Qur'an Yang Unik". Generasi yang digambarkan sebagai Qur'an yang berjalan di tengah-tengah masyarakat.


Madrasah Rasulullah telah dimulai dengan tahap dakwah dan tarbiyah sejak baginda SAW diutus menjadi Rasul, setelah firman Allah SWT : "Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah, lalu berilah peringatan!" [Al-Muddatstsir: 1-2]

Baginda SAW secara diam-diam (sirriyah) mulai mengajak masyarakat untuk memeluk Islam setelah menerima wahyu dan arahan Allah untuk berdakwah dan mengajak masyarakat jahiliyah kepada Islam. Selama tiga tahun Baginda SAW menyampaikan dakwah dalam bentuk ajaran secara individu dari rumah ke rumah. Dikumpulkan di rumah Arqam bin Abi Arqam (sebagai tempat Usrah). Setiap hari para sahabat mendengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dan penjelasan dari Rasulullah SAW. Selanjutnya beberapa daripada mereka diutus untuk menyampaikan dakwah kepada yang lain. Di antaranya adalah Khabab bin Arts yang mengajarkan Al-

Qur'an di rumah Fatimah binti Khaththab bersama suaminya, yang kemudian dari sinilah Umar bin Khaththab masuk Islam. … sehingga jumlah mereka mencapai 40 orang dalam tempoh waktu 3 tahun.


DAKWAH SECARA TERANG-TERANG


Apabila wahyu Allah s.w.t. menyuruh Rasulullah s.a.w. berdakwah secara terang-terang,

Muhammad bin Abdullah, Nabi yang ummi telah menyeru di atas kemuncak bukit Sofa, Mekah, maksudnya: "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya saya adalah pesuruh Allah kepada kamu sekelian, Tuhan yang memiliki seluruh langit dan bumi, tidak ada tuhan melainkan Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Berimanlah kamu dengan Allah dan RasulNya, Nabi yang ummi yang telah beriman

dengan Allah dan kalimahNya. Turutlah kamu sekalian kepadaNya moga-moga kamu mendapat petunjuk". (Al-A'raf :158).

Pada tahap ini dakwah Rasulullah berubah dari sembunyi-sembunyi menjadi terang-terangan. Dari aktiviti mendekati individu-individu untuk kemudian disiapkan kutlah (kelompok) menjadi menyeru secara langsung dan terbuka kepada masyarakat seluruhnya. Setelah Rasulullah beserta sahabat mendapat perintah daripada Allah SWT: "Maka sampaikanlah secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan kepadamu dan berpalinglah dari orang-orang musyrik.” [Al-Hijr: 94].


Sejak saat itu maka bermulalah pertempuran antara kekafiran dengan keimanan, dan pertarungan antara pemikiran yang rosak dan tercemar melawan pemikiran yang benar dan suci. Pertempuran yang dasyat pada tahap dakwah itu segera mendapat reaksi keras daripada orang-orang kafir di Mekah. Sehingga menimbulkan tentangan berupa penyiksaan- penyiksaan yang hebat dan datang secara bertubi-tubi. Pada tahap ini, para pengikut Rasulullah SAW sungguh-sungguh diuji sampai sejauh mana kualiti keimanan mereka setelah tiga tahun dibina keperibadiannya (syakhsiyah) di Darul Arqam.



DAKWAH PEMISAH DARI ZAMAN JAHILIYAH


Dakwah seruan ketaatan kepada Allah itu menjadi garis pemisah bagi seluruh alam. Pemisah

antara zaman yang gelap gelita dengan zaman yang akan datang yang bersinar dengan cahaya dan bahagia abadi. Dakwah ini juga menjadi satu pengisytiharan yang terang dan nyata terhadap satu sistem yang baru yang disyariatkan Allah yang amat mengetahui dan amat bijaksana.

Ia disampaikan oleh pesuruhNya Muhammad saw, pembawa khabar gembira dan pengingat manusia bersama kitabNya al Quran yang terang dan bersinar, juga bala tenteranya yang dahulu yang terdiri daripada orang- orang muhajirin dan ansar dan pengikut-pengikut jejak langkah mereka dengan

penuh ihsan.



SUMBER UTAMA MADRASAH IALAH AL-QUR'AN


Sumber pokok yang dicedok oleh generasi pertama itu ialah Al-Quran, hanya Al-Quran sahaja. Hadis Rasulullah SAW dan petunjuk-petunjuk beliau adalah semata-mata merupakan pentafsiran kepada

sumber utama itu.

Ketika Assaiyidah `Aisyah Radhiallahu'anha ditanya mengenai kelakuan, perangai dan perjalanan

hidup Rasulullah SAW maka beliau menjawab: yang bermaksud: “kelakuan dan perjalanan hidup beliau [Rasulullah SAW] itu ialah Al-Quran” (Hadis riwayat Nasai)

Al Quran adalah penghimpun segala cara untuk membaiki masyarakat. Ia telah diturunkan ke atas

Nabi saw. Ianya dibacakan kepada orang-orang mukmin dari masa ke semasa menurut keadaan, suasana dan sempena. Firman Allah, maksudnya. "Demikianlah supaya kami perkuat hati mu denganNya dan Kami (menurunkanNya) dan membacakanNya kelompok demi kelompok. Tidaklah orang-orang kafir itu datang kepadamu (membawa sesuatu yang ganjil) melainkan Kami datangkan kepada mu suatu yang benar dan yang paling baik

penjelasannya". (al Furqaan:32-33).


"Dan apa sahaja yang dia (Muhammad) ucapkan itu, sesungguhnya bukanlah bersumber

daripada hawa nafsunya, melainkan wahyu yang diwahyukan (kepadanya)."[Surah An-Najm: 4].


"Katakanlah (Muhammad): `Aku hanya akan mengikuti apa sahaja yang diwahyukan kepadaku oleh Tuhanku.' "[Al-A'raf: 203]

Ini bukanlah kerana umat manusia di zaman itu tidak punya tamaddun, tidak punya kebudayaan, tidak punya pelajaran, tidak punya buku karangan dan tidak punya kajian! Sekali lagi tidak! Kerana sebenarnya di zaman itu telah pun ada tamaddun dan kebudayaan Romawi, Yunani (Greek) dan Parsi. Buku-buku dan undang-undangnya, keseniannya, sajaknya, syair dan dongengnya yang telah dan masih diikut dan dijadikan panduan oleh orang-orang Eropah sampai hari ini. … juga seperti tamaddun India & China.


Rasulullah SAW ketika beliau melihat Sayyidina Umar bin Al- Khattab R.A. memegang sehelai kitab Taurat, menegur ….

Dengan bersabda: “Demi Allah sekiranya Nabi Musa masih hidup bersama-sama kamusekarang pun, tidak halal baginya melainkan mesti mengikut ajaranku.” (Hadis riwayat Al-hafidz Abu Ya'la dari Hammad dari Asy-sya'bi dari Jabir).

Rasulullah SAW bertujuan membentuk satu generasi yang bersih hatinya, bersih pemikirannya, bersih pandangan hidupnya, bersih perasaannya, dan mumi jalan hidupnya dari sebarang unsur yang lain daripada landasan Ilahi yang terkandung dalam Al-Quranul Karim.



MADRASAH MENDIDIK MENDEKATI AL-QUR'AN UNTUK MENGAMALKAN


Di sana ada satu lagi faktor penting…. Para sahabat Rasulullah di dalam generasi pertama itu tidak

mendekatkan diri mereka dengan Al-Quran dengan tujuan mencari pelajaran dan bahan bacaan, bukan juga dengan tujuan mencari hiburan dan penglipur lara.

Bahkan dia pelajari Al-Quran itu dengan maksud belajar untuk dilaksanakan serta merta, seperti seorang perajurit menerima, “arahan harian” atau “surat pekeliling” bagi dilaksanakan serta merta! Juga tiada seorang pun dari Al-Qur’an diturunkan secara beransur-ansur bagi mengajar mereka mengenal Allah SWT melalui sifat-sifatNya dan juga melalui bukti-bukti perkembangan dan perubahan alam. Dengan demikian mereka akan merasakan bahawa diri mereka terus menerus terikat dengan tertakluk kepada Allah SWT, terus menerus di bawah perhatian Ilahi. Pada ketika itu mereka merasakan bahawa mereka sedang hidup di bawah pengawasan Allah SWT secara langsung.


TARBIYAH MEMBUANG KEKOTORAN JAHILIYAH


Satu lagi faktor keberhasilan tarbiyah para sahabat ialah seorang yang menganut Islam itu sebenarnya telah melucutkan dari dirinya segala sesuatu dari zaman lampaunya di alam jahiliyah. Dia merasakan ketika dia mula menganut Islam bahawa dia memulakan zaman baru dalam hidupnya;

• terpisah sejauh-jauhnya dari hidupnya yang lampau di zaman jahiliyah;

• sikapnya terhadap segala sesuatu yang berlaku di zaman jahiliyah dahulu.

• segala sesuatu di zaman jahiliyah dahulu adalah kotor dan tidak sesuai dengan ajaran Islam.

• Walaupun kelihatan pada lahirnya dia sering berhubungan dengan orang-orang musyrik di dalam lapangan perdagangan dan pergaulan hidup seharian, tetapi perpisahan perasaan dan pergaulan hidup seharian adalah dua hal yang berlainan dan berbeza sekali.


DAKWAH DAN TARBIYAH KE ARAH UBUDIYAH LILLAH


"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku." (Adz-Dzariat: 5)

Ayat-ayat Al-Quran zaman Mekah itu menyelesaikan suatu persoalan besar, suatu persoalan utama dan penting, suatu persoalan asas bagi agama yang baru muncul itu iaitu persoalan aqidah, yang diterapkan di atas tapaknya yang terpenting KETUHANAN dan PENGABDIAN serta pertalian antara keduanya.

Persoalan yang dikemukakan deh Ayat-Ayat Al-Quran zaman Mekah itu ialah persoalan MANUSIA yang tidak pernah berubah, kerana ia adalah persoalan wujudnya manusia itu di dalam alam ini dan juga persoalan kesudahan manusia itu.

Al-Quran zaman Mekah telah memberi;

• penjelasan kepada manusia tentang rahsia wujud manusia itu sendiri dan wujud dunia di sekitarnya.

• Ia mengatakan kepada manusia itu siapakah sebenarnya dia (manusia) itu? Dari manakah dia datang? Untuk apa dia datang ke dunia? Kemudian ke manakah arah perjalanannya?

• Siapakah yang membawanya keluar dari alam yang serba tiada, yang serba majhul dan serba tidak diketahui itu? Siapakah pula yang akan membawanya pergi kemudiannya dan bagaimanakah gerangan nasibnya di sana kelak?

• Makna perkataan “ILLALLAH” dan juga tujuan perkataan TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAN “LA ILAAHA 1LIALLAH” itu memberi pengertian bahawa pengakuan bertuhan itu bererti pengakuan kepada kekuasaan menghukum dan memerintah yang tertinggi.

•Mereka mengerti juga bahawa mengesakan Allah melalui ikrar kalimah syahadat itu adalah bererti mencabut semua sekali kuasa yang dibolot oleh para padri dan pendeta, oleh ketua-ketua suku, oleh raja-raja dan penguasa-penguasa, dan menyerahkan kuasa itu hanya kepada Allah sahaja.


Faktor-faktor dan pendekatan tarbiyah di ataslah yang telah berjaya melahirkan suatu kelompok manusia-manusia baru. Baru dari segi pemikiran, perasaan, keimanan, akhlak dan pandangan hidup. Dakwah dan tarbiyah yang telah mampu melahirkan Abu Bakar, Omar, Usman, Ali, Bilal, Hamzah, Abdu Rahman, Mus'ab, Khadijah dan ramai lagi. Meraka adalah manusia-manusia yang tinggi nilai kemanusiaannya yang belum pernah lahir sebelm ini di atas muka bumi. Penghasilan tersebut adalah kerana mereka melalui Madrasah Rasulullah s.a.w.


Madrasah yang

seakan-akan sama dengan madrasah di atas, jika dapat diwujud dan dilaksanakan dengan berkesan, Insya Allah ianya tidak mustahil untuk melahirkan generasi yang hampir-hampir sema dengan generasi Al-Qur'an yang unik.



Rujukan Utama: As-Syahid Syed Qutb - Petunjuk Sepanjang Jalan.

Monday, January 2, 2012

Kecelaruan Nilai


As Syahid Syed Qutb di dalam kitabnya "Petunjuk Sepanjang Jalan" menjelaskan pada perenggan awal bukunya berbunyi "Umat manusia sekarang ini berada di tepi jurang kehancuran. Keadaan ini bukanlah berpunca dari ancaman maut yang sedang tergantung di atas ubun- ubunnya. Ancaman maut itu adalah satu
gejala penyakit sahaja dan bukanlah ia penyakit itu sendiri. Sebenarnya punca utama dari keadaan ini ialah: bengkrap dan melesetnya umat manusia itu di bidang “nilai” yang menjadi pelindung hidupnya".

Dengan hidayah Allah dan
ketajaman fikiran dan penilaian mendalam terhadap situasi sekeliling dunia ketika itu, penulis telah dapat merumuskan apa yang sedang dihadapi oleh umat manusia pada ketika itu (sekitar 1950an). Jika kita teliti hari ini, situasi dan suasana yang sama pada umumnya masih merata samaada dikalangan sebahagian ummat Islam dan bukan Islam.

"Nilai" yang dimaksudkan penulis pada perenggan di atas sebenarnya adalah merujuk kepada 'neraca pertimbangan' yang ada pada diri setiap manusia. Apabila sesaorang itu tidak memiliki nilai (neraca) yang betul, benar dan tepat, beliau tidak akan mampu dan berupaya di dalam membuat penilaian di dalam setiap keputusan yang perlu dilakukannya di dalam kehidupannya. Seumpama sesaorang peniaga sayur yang gagal memiliki neraca (dacing / timbangan) yang betul, niscaya apa yang
akan ditimbang oleh nya untuk pelanggannya menjadi tidak betul, walaupun ditimbang beberapa kali. Dalam hal tersebut, peniaga perlu menukar timbang yang dimiliki agar beliau atau pelanggannya tidak tertipu dengan sayur-sayuran yang ditimbangan. Timbang atau Neraca yang betul dan tepat akan memberikan keadilan kedua-dua pihak.

Sesungguhnya di dalam hidup ini, kita sentiasa membawa neraca di dalam kehidupan seharian. Boleh dikatakan setiap awal pagi kita bangun dan memulakan aktiviti seharian, kita perlu membuat keputusan keatas apa nak dipakai, apa nak di makan, kemana nak melangkah dan sebagainya. Semua itu memerlukan sesaorang itu membuat keputusan dan kesemua itu perlukan neraca bagi membuat keputusan. Sama ada sesaorang itu berada di dalam keadaan sedar atupun tidak di dalam keputusanya, ia tetap bertanggungjawab di atas keputusan yang diambil dan perbuatan yang dilakukannya.

Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara seseorang itu memerlukan neraca di dalam membuat keputusan. Seorang wanita menggunakan nilai atau neraca di dalam membuat keputusan untuk menutup aurat atau sebaliknya apabila keluar dari rumahnya. Jika ia memiliki nilai Islam, percaya dan yakin dengan nilai Islam, beliau akan memastikan aurahnya ditutup sesempurna mungkin sebelum melangkah keluar dan berada di dalam pandangan orang awam. Sesaorang bapa menggunakan neraca/nilai samada akan menegur atau membiarkan sahaja jika anak remajanya keluar bersama teman lelaki/perempuan nya? Sesaorang ketua akan menggunakan neraca apabila ingin membuat keputusan untuk mengadakan majlis sambutan tahun baru 2012 dengan acara tari menari ataupun tidak.

Neraca/nilai Islam, pada asasnya adalah nilai yang terbaik, kerana ia bersumberkan Qur'an dan Hadith. Nilai Islam adalah nilai wahyu Allah s.w.t. dan ianya paling tepat untuk dimiliki dan digunakan oleh seluruh
manusia khususnya orang Islam. Apabila sesaorang memiliki nilai/neraca Islam, ia akan berfikir, membuat keputusan dan bertindak berasaskan nilai dan neraca kebenaran (haq) dan betul serta tepat.
Wanita yang memiliki neraca Islam, tidak akan redho membiarkan diri dan aurahnya didedahkan keucali kepada mereka yang dihalalkan. Seorang bapa yang memiliki nilai.neraca Islam, akan segera menasihati dan berusaha menghalang anak yang berada di bawah tanggungjawabnya tidak terjelumus kepada dosa dan maksiat. Seorang ketua yang memiliki nilai/neraca Islam, akan berusaha memelihara orang dibawahnya terpelihara dari maksiat dan kemungkaran.

Kebejatan di muka bumi dengan pelbagai masalah sosial seumpama pelacuran, kehamilan luar nikah, pembuangan bayi, penyalahgunaan dadah, penyalahgunaan kuasa dan banyak lagi yang menjadi masalah masyarakat hari ini adalah kerana kecelaruan nilai yang mereka miliki. Mereka memegang nilai yang salah, maka salahkan tindakan-tindakan mereka. Begitulah juga halnya dengan krisis ekonomi (seumpama ketidakadilan ekonomi, penindasan, riba') dan krisis politik (seumpama penindasan, keganasan, eksploitasi dan sebagainya), adalah berpunca dari kecelaruan nilai dalam diri manusia.

Hari ini rata-rata kecelaruan nilai ini perlu dimiliki oleh seluruh manusia khususnya kepada umat Islam, ianya adalah suatu yang mendesak. Neraca yang benar ialah neraca Islam dan asas neraca Islam adalah keimanan kepada Allah, mengambil asas-asas Al-Qur'an dan Sunnah sebagai panduan yang membentangkan nilai Rabbani (Allah) sebagai kayu ukur. Nilai Islam adalah nilai Syara' (menepati syariah). Apa yang Allah SWT suka, itulah yang sewajarnya disukai seorang muslim dan apa yang Allah Benci itulah yang seorang muslim harus jauhi.

"Sesungguhnya jawaban orang-orang mu'min, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan, "Kami mendengar dan kami patuh." Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung." (An Nuur : 51)


Itulah 'nilai' yang dimaksudkan As-Syahid Syed Qutb jelaskan yang telah hilang dan inilah yang menyebabkan umat manusia dan sebahagian umat Islam sedang kehilangan yang menyebabkan mereka berada di tepi 'jurang kehancuran' sebagaimana yang dibimbangi As-Syahid.


Oleh yang demikian itu, adalah penting setiap muslim memahami dan berusaha untuk memiliki nilai/neraca Islam agar kehidupanya akan terpelihara dari dosa dan noda.



Friday, June 10, 2011

Kematangan digarap melalui kepelbagaian wasilah tarbiyah








Bermula tarbiyah dengan keinsafan dan kerendahan
hati. Sedar akan kekerdilan diri dan kelemahan kefahaman dan keimanan.
Hati perlu dilembutkan dengan pimpinan al-Qur'an, bimbingan hadith dan sentuhan sirah perjalanan para sahabat radiallahu'anhum. Para sahabat berjaya dibangunkan iman dan amal setelah hati-hati mereka tunduk dan akur dengan ajaran Rasulullah saw.
Maka beruntunglah Abu Bakar, Ali, Bilal dan semua sahabat Rasulullah saw kerana kesediaan merendahkan hati dan ditarbiyah di dalam madrasah Rasulullah SAW. Lantas mel
onjak iman, terserlah amal, terpaut ketaatan dan terpancar jihad.
Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak mudah untuk mengapai kemanisan iman dan amal. Mujahadah, pengorbanan dan jihad dengan kepelbagaian method dilalui. Dari bertembung dengan quraish di Mekkah, langsung merentasi padang pasir berhijrah ke Madinah. Pelbagai gazwah / ekspidisi / peperangan ditempuhi dan disertai mereka. Setiap penyertaan dan kesempatan tersebut mempasakkan dihati mereka latihan-latihan dan pembangunan keupayaan (capacity building) dengan ketinggian iman dan amal, Pelbagai peristiwa yang mereka lalui itu memberikan pengajaran, latihan dan didikan agar tercerna ketaatan, kasih sayang, ukhuwah, jiddiyah dan kekuatan jihad.

Maka oleh itu seandainya kita inginkan kekuaatan dan kehebatan para sahabat tercerna di dalam diri, penyertaan di dalam kepelbagaian tarbiyah perlu juga dilalui. Bagi mereka yang inginkan kehebatan iman dan taqwa, maka laluilah kepelbagaian tarbiyah dengan penuh komitmen dan kesungguhan.

Sunday, May 15, 2011

Memimpin dengan Ketaatan Kepada Allah


Kita hidup di bumi ini sememang perlu menjadi pemimpin. Paling kecil ialah memimpin diri sendiri. Memimpin diri agar dapat diri ini mentaati pencipta kita, Allah ajawajalla. Memimpin anggota badan agar semuanya dapat tunduk dan patuh kepada Allah. Memimpin nafsu agar tidak ditunggangi oleh keinginan-keinginan yang randah sehingga mengingkari Allah.

Setiap kita juga akan berkeluarga dan mempunyai tanggung jawab ... bertambah tanggungjawab kita sebagai ketua keluarga atau seorang ibu yang perlu memimpin anak-anaknya.

Di tempat kerja ... di kawasan kediaman ... perumahan, kampung dan sebagainya... ada tuntutan yang perlu kita tunaikan. Jika ada keupayaan, kita akan dipilih atau dilantik memegang tanggungjawab dan memimpin organisasi ... dan sehingga yang lebih besar lagi.

Pokok persoalannya bagaimana kita dapat memegang amanah-amanah tersebut dengan baik dan dapat memimpin berdasarkan KETAATAN KEPADA ALLAH SWT ?

... isu ini dikupas dengan menarik di capaian berikut ... http://zadud-duat.blogspot.com/2011/05/pemimpin-umat.html